Sunday, May 29, 2011

TAHNIAH KEPADA SALMA MENTOR 5

Tahniah kepada salma sebagai juara mentor 5 dan sememangnya salma layak untuk mememang kejuaraan tersebut. Pada malam ni, agak sukar untuk menentukan siapa yang menjuarai mentor musim 5. Selepas persembahan salma, juri awam memberi undian 16 dan undian tersebut agak rendah berbanding iqa dan shiha. Apapun, Salma mempunyai kelantangan vokal yang cukup baik manakala nyanyian shiha penuh dengan emosi dan iqa lebih banyak dibantu secara teknikal dan gimik oleh edry KRU.

Salma telah menjuarai mentor musim ke 5 setelah mengumpul 85 markah, Shiha 63 markah & Iqa 56 markah. Sebagai juara, salma membawa pulang wang tunai sebanyak RM100 000 berserta sebuah kereta mewah Chevrolet Cruze bernilai RM97800.Apapun, tahniah kepada salma kerana telah menjadi juara mentor musim 5. Semoga salma terus berjaya dalam karier beliau

Tags: juara mentor musim ke 5, konsert akhir mentor musim 5, salma juara mentor 5

No comments:

Post a Comment

ade ker??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...